There was an error in this gadget

Saturday, June 18, 2011

Japan Feb 2011 Slideshow

Japan Feb 2011 Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Japan Feb 2011 Slideshow ★ to Tokyo and Nagano. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Tuesday, December 7, 2010

Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik



Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik merupakan tiga buah pulau yang amat terkenal di Kota Kinabalu Sabah. Kalau melancong ke Sabah memang tak sah kalau tidak berkunjung ke pulau-pulau tersebut. Pulau ini terletak lebih kurang 30 minit dari Jeselton Point dengan menaiki bot laju. Pakej yang ditawarkan oleh pengusaha- pengusaha bot laju juga sangat berpatutan dan berbaloi. Bagi dewasa tiket yang dikenakan adalah dalam RM 22.50 seorang manakala bagi kanak-kanak pula RM12.50 seorang. Kalau berminat nak snorkeling ke tiga-tiga pulau tersebut, bolehlah memilih pelbagai pakej lain yang ditawarkan. Bagi yang membawa anak-anak adalah sesuai untuk ke pulau manukan kerana kemudahan asas seperti tandas dan sebagainya ada disediakan di pulau manukan. Haa.. jangan lupa bawa peralatan snokeling. rugi kalau tidak snorkeling. Bagi yang tiada peralatan tersebut, boleh juga menyewa dengan bayaran sebnyak RM15 dan deposit RM50.00. Bagi yang ingin bermalam, terdapat beberapa buah chalet disediakan di pulau manukan. Nanti saya akan uploadkan gambar-gambar pulau tersebut. Yang best skali bila dapat pegang gamat yang besar dan gemuk2..

Sunday, November 7, 2010

LEMBAH IMPIAN COUNTRY HOMES RESORT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Emmm...lama betul rasanya saya tidak mengupdatekan blog saya ni. Masa tidak mengizinkan. Hari ni pulak sibuk dengan konvokesyen anak (dh tamat pun prasekolah). Terasa sekejap je anak dah besar. Tahun depan melangkah lah ke tahun1. Semalam pulak sempat la bawak anak2 jalan ke Lembah Impian Country Homes Resort di KK ni. Mula2 tu tak tau nak bawa anak2 jalan ke mana..tiba2 teringat la pulak tempat ni. Sebelum ni tak pernah pergi pun. Semalam saja je cuba2 tengok ok tak tempat ni. Kami tak menginap pun just pergi swimming. Best betul. sesiapa yang inginkan percutian yang jauh dari kesibukan kota boleh la datang ke sini. memang privacy. Saya yang tak berapa pandai berenang ni pun tanpa segan silu join anak2 sekali, dapat la jugak polish skill sikit2. Lembah Impian ni terletak tidak berapa jauh dari Putatan dan lapangan terbang KKIA. Signboard banyak, so confirm tak sesat la.The place is very cosy with a very beautiful scenery. memang best la. Chaletnya ala2 Inggeris. Ada yang cakap ia mcm sebuah perkampungan New Zealand. Kalau tak nak menginap pun ok, just pegi swimming kat sana. Harga dia ikut package. tak perlu jadi member. Package A RM70 for 2 adults and 2 kids. Dapat a bucket of chicken wing, a jug of soft drinks, fries and sausages. BEst betul, dah penat swimming, penat pulak nak menghabiskan makanan. Memang berbaloi la. Bagi yang big family.. macam2 package ada. For the room, the price is quite reasonable. Paling murah RM 158.00 (time promotion je). Kepada kawan2 yang diluar sana tu, kalau nak bercuti hujung minggu, this place is really recommended. Ini website dia for more info. k, bye..
http://www.holidaycity.com/lembahimpian-countryhomes-kkinabalu

Monday, October 18, 2010

makan-makan lagi!

Salam satu Malaysia..

Bersua kembali. kali ni saya nak share satu lagi tempat makan yang mmg terjamin sedap, harga berpatutan dan mmg berbaloi2. Kafe ni terletak di Kampung Likas KK sabah. Kafe ni menyediakan masakan padang macam ayam penyet, dendeng, daging bakar dan macam-macam lagi..tak ingat nak sebut semua menu. Favourite kami 1 family ialah daging bakar dan ayam penyet. mmm.. delicous n yummy bah! Kafe ni terletak di sebuah rumah banglo tepi jalan berhampiran masjid kg likas. nanti saya cuba upload gambar2 makanan tu ye. Kafe ni dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Tutup waktu solat Jumaat. Cuba, jangan tak cuba k.

Lagi satu yang saya nak share ialah di Fook Yuen Kopitiam Di Karamunsing Capital. Main branch di Asia City. Di gaya street pun ada gak. Ini Chinese muslim food. Macam-macam ada. roti kahwin, roti bakar, semua ada. Dimsum pun ada. Jangan risau, confirm halal. Anak-anak mmg favourite roti bakar. Kalau malam ada menu Japanese set. after 6pm onwards ada discount 30%. best tak. Malam ni plan nak ajak hubby makan kat sana. Harga makanan memang berpatutan dan agak murah compare dgn kopitiam yang lain. next time saya share lagi lokasi makanan yang best. kalau nak tengok gambar2 tu kena la bersabar yek. Bye..

Sunday, October 17, 2010

tazkirah!

Assalamualaikum..

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,

Malam sabtu yang lepas, saya berkesempatan hadir ke majlis bacaan Yassin anjuran sekolah anak saya. Majlis ni diadakan khas untuk ibu-ibu pelajar sekolah tu jer. Dapat la berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan ibu2 yang lain..kalau selama ini hanya berkesempatan untuk berbalas senyuman je semasa mengambil anak2 di sekolah, tapi kali ni dapat lah kami berbual2 dan bertukar2 cerita. di sini saya nak kongsi sedikit tentang apa yang saya dapat semasa sesi tazkirah tu. Tazkirah tersebut disampaikan oleh ustazah jemputan iaitu ustazah Soleha.

Dalam tazkirah beliau malam tu, beliau ada menyentuh tentang fadhilat membaca Yassin. Katanya fadhilat membaca Yassin ini banyak. Antara yang menyentuh hati saya dan membuat saya berfikir seketika adalah beliau mengatakan ada 3 perkara yang akan mendapat kebaikan dari Allah dengan serta merta iaitu, jika kita memandang Al-Quran (pandang pun Allah dah bagi pahala, betapa maha pemurahnya Dia), yang kedua apabila kita memandang kedua ibu bapa kita (tersentuh hati aku sekejap, aku yang tinggal jauh dan jarang tgk mak dan ayah ni) dan yang ketiga Allah akan bagi pahala dan rahmat yang melimpah ruah pada orang yang membaca Al-Quran itu sendiri. Ustazah tu turut mengingatkan, sekiranya kita tak berkesempatan untuk membaca Al-Quran, bacalah surah Yassin, kerana ia adalah hati kepada Al-Quran. membaca Yassin sekali umpama membaca 10 kali Al-Quran, kalau di bulan Ramadhan ia dilipatkali gandakan menjadi 70 kali. Membaca Surah Yassin tidak semestinya setiap malam Jumaat sahaja, ia boleh diamalkan pada setiap hari. InsyaAllah rezeki akan dimurahkan dan yang lambat jodoh, akan dipermudahkan. Wallahualam.

Ok la. setakat ini la dulu kita berkongsi ilmu, nxt time kalau ada yang best lagi nanti kita share lagi.


Thursday, October 14, 2010

tips melancong part 1

Salam sejahtera..

Konichiwa, hi semua.. hari ni badan terasa penat dan cuaca pulak mendung..bestnya kalau boleh balik rumah dan zzzzzzzzzz.. apa lagi tido la. tapi apakan daya, kena la kerja..mana boleh mengular time kerja. So, kat ofis tadi terfikir pulak nak survey tiket-tiket murah..bestkan kalau dapat pergi melancong. Kebetulan saya dan suami memang kaki jalan, anak-anak pun dah terikut-ikut. kalau bab jalan dan makan memang no.1. Pantang ada cuti..confirm jalan punya, walaupun tidaklah sampai ke luar negara. haaa.. sebenarnya saya nak berkongsi tips-tips persediaan nak pegi melancong.. tak kira la dalam atau luar negara (setakat ni saya baru ke Brunei sahaja) especially untuk mereka yang ada baby atau anak yang masih kecil. bagi saya persiapan nak pegi melancong tu memanglah penat, macam-macam yang perlu difikirkan.

Berdasarkan pengalaman saya yang mempunyai 2 anak lelaki yang masih kecil, keperluan mereka yang perlu diutamakan dulu. Sebelum saya pergi bercuti disesuatu tempat, saya akan cuba dapatkan info tentang tempat tu dulu.. sesuai tak untuk anak2. waktu perjalanan yang sesuai kerana anak2 ni cepat bosan kalau travel dalam tempoh yang lama. Kalau nak melancong dengan kapal terbang, cubala cari tiket yang waktunya sesuai. jangan terlalu lewat untuk sampai ke sesuatu destinasi. Pastikan hotel telah dibooking, dan jika perlu telefon hotel tersebut terlebih dahulu dan dapatkan maklumat tentang fasiliti yang disediakan oleh hotel tersebut terutama sekali bagi hotel 2 atau 3 bintang. Contohnya, adakah cerek air disediakan di dalam bilik yang ditempah ( penting bagi mereka yang mempunyai anak yang masih menyusu). Keperluan lain seperti extra bed or pillow. Jarak hotel dengan kedai makan yang terdekat ( sekiranya makanan tidak disediakan oleh hotel tersebut).

Sebagai seorang ibu, saya memang amat teliti dan sedikit cerewet kalau tentang keselesaan anak-anak semasa melancong. Jadi, saya akan cuba dapatkan sebanyak mana info yang perlu. Untuk lebih selamat, lagi bagus kalau kita buat survey dulu, rancang perjalanan dengan betul. tempat-tempat yang ingin dilawati haruslah dirancang dengan baik dan tidak memenatkan anak2. Pengangkutan yang lebih mudah samada menggunakan kereta sewa atau train. Kita nak melancong mesti nak bergembirakan..kalau anak-anak pun asyik menangis dan merengek kepenatan, parents pun hilang mood nak bercuti..

Kalau nak melancong kat tempat-tempat yang sejuk pulak, pastikan baju tebal untuk anak-anak mencukupi. Kesian pulak kat anak-anak kalau tiba-tiba ditempat sejuk tiada baju tebal. Terpaksa la mencari kedai baju pulak. Harga dah tentu mahal dari tempat lain.

Ok, bagi yang berminat nak mencari tempat pelancongan atau destinasi percutian yang menarik, travel agency yang menawarkan harga yang murah dan segalanya yang berkaitan dengan pelancongan dan percutian, rujuk la majalah LIBUR selain dari Internet. saya sentiasa mendapatkan pelbagai info terkini dari majalah tersebut.

Rasanya, saya berhenti dulu di sini, kita sambung lagi di episod kan datang. Sebenarnya banyak lagi yang nak saya kongsi bersama anda semua (perasan macam ramai peminat je) tapi bak kata orang 'sharing is caring'. sekarang ni dah habis waktu lunch, so back to work!

Arigatoo-gozaimasu. Ki-o tsukete.

Tuesday, October 12, 2010

Jom makan!



Terasa lapar??? nak makan apa ye malam ni?? mmm.. di kk ni banyak tempat makan yang best2. Salah satu tempat yang kami sekeluarga rajin lepak ialah kat Gracepoint Sembulan. Rasanya tempat ni la yang paling convenient nak bawa anak2 makan. my kids kalau datang sini, mmg diaorg suka sangat cz ada playground dan d satay pun not bad. kira tempat ni memang selamat for the kids nak bermain and parents pun boleh berjogging di taman serta dapat makan dengan aman dan tenang. selain satay, kat sini terdapat jugak makanan etnik sabah yang sedap. bagi yang datang melancong ke sabah dan ingin mencuba makanan etnik sabah, boleh la datang ke sini. kalau ada kawan2 atau saudara mara yang datang ke KK, bawa je datang makan di sini..semua ada. kat gracepoint ni juga terdapatnya tugu peringatan dan museum. kira memang tak rugi la menjamu selera kat sini. sememangmya kami sekeluarga memang suka makan dan mencuba tempat makan yang baru. sebenarnya banyak lagi tempat makan di KK ni yang best2..nanti kita share lagi ok.







RSSMicro FeedRankĀ® Results