Monday, October 18, 2010

makan-makan lagi!

Salam satu Malaysia..

Bersua kembali. kali ni saya nak share satu lagi tempat makan yang mmg terjamin sedap, harga berpatutan dan mmg berbaloi2. Kafe ni terletak di Kampung Likas KK sabah. Kafe ni menyediakan masakan padang macam ayam penyet, dendeng, daging bakar dan macam-macam lagi..tak ingat nak sebut semua menu. Favourite kami 1 family ialah daging bakar dan ayam penyet. mmm.. delicous n yummy bah! Kafe ni terletak di sebuah rumah banglo tepi jalan berhampiran masjid kg likas. nanti saya cuba upload gambar2 makanan tu ye. Kafe ni dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Tutup waktu solat Jumaat. Cuba, jangan tak cuba k.

Lagi satu yang saya nak share ialah di Fook Yuen Kopitiam Di Karamunsing Capital. Main branch di Asia City. Di gaya street pun ada gak. Ini Chinese muslim food. Macam-macam ada. roti kahwin, roti bakar, semua ada. Dimsum pun ada. Jangan risau, confirm halal. Anak-anak mmg favourite roti bakar. Kalau malam ada menu Japanese set. after 6pm onwards ada discount 30%. best tak. Malam ni plan nak ajak hubby makan kat sana. Harga makanan memang berpatutan dan agak murah compare dgn kopitiam yang lain. next time saya share lagi lokasi makanan yang best. kalau nak tengok gambar2 tu kena la bersabar yek. Bye..

No comments:

Post a Comment

RSSMicro FeedRankĀ® Results