Sunday, October 17, 2010

tazkirah!

Assalamualaikum..

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,

Malam sabtu yang lepas, saya berkesempatan hadir ke majlis bacaan Yassin anjuran sekolah anak saya. Majlis ni diadakan khas untuk ibu-ibu pelajar sekolah tu jer. Dapat la berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan ibu2 yang lain..kalau selama ini hanya berkesempatan untuk berbalas senyuman je semasa mengambil anak2 di sekolah, tapi kali ni dapat lah kami berbual2 dan bertukar2 cerita. di sini saya nak kongsi sedikit tentang apa yang saya dapat semasa sesi tazkirah tu. Tazkirah tersebut disampaikan oleh ustazah jemputan iaitu ustazah Soleha.

Dalam tazkirah beliau malam tu, beliau ada menyentuh tentang fadhilat membaca Yassin. Katanya fadhilat membaca Yassin ini banyak. Antara yang menyentuh hati saya dan membuat saya berfikir seketika adalah beliau mengatakan ada 3 perkara yang akan mendapat kebaikan dari Allah dengan serta merta iaitu, jika kita memandang Al-Quran (pandang pun Allah dah bagi pahala, betapa maha pemurahnya Dia), yang kedua apabila kita memandang kedua ibu bapa kita (tersentuh hati aku sekejap, aku yang tinggal jauh dan jarang tgk mak dan ayah ni) dan yang ketiga Allah akan bagi pahala dan rahmat yang melimpah ruah pada orang yang membaca Al-Quran itu sendiri. Ustazah tu turut mengingatkan, sekiranya kita tak berkesempatan untuk membaca Al-Quran, bacalah surah Yassin, kerana ia adalah hati kepada Al-Quran. membaca Yassin sekali umpama membaca 10 kali Al-Quran, kalau di bulan Ramadhan ia dilipatkali gandakan menjadi 70 kali. Membaca Surah Yassin tidak semestinya setiap malam Jumaat sahaja, ia boleh diamalkan pada setiap hari. InsyaAllah rezeki akan dimurahkan dan yang lambat jodoh, akan dipermudahkan. Wallahualam.

Ok la. setakat ini la dulu kita berkongsi ilmu, nxt time kalau ada yang best lagi nanti kita share lagi.


No comments:

Post a Comment

RSSMicro FeedRankĀ® Results