Tuesday, December 7, 2010

Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik



Pulau Manukan, Sapi dan Mamutik merupakan tiga buah pulau yang amat terkenal di Kota Kinabalu Sabah. Kalau melancong ke Sabah memang tak sah kalau tidak berkunjung ke pulau-pulau tersebut. Pulau ini terletak lebih kurang 30 minit dari Jeselton Point dengan menaiki bot laju. Pakej yang ditawarkan oleh pengusaha- pengusaha bot laju juga sangat berpatutan dan berbaloi. Bagi dewasa tiket yang dikenakan adalah dalam RM 22.50 seorang manakala bagi kanak-kanak pula RM12.50 seorang. Kalau berminat nak snorkeling ke tiga-tiga pulau tersebut, bolehlah memilih pelbagai pakej lain yang ditawarkan. Bagi yang membawa anak-anak adalah sesuai untuk ke pulau manukan kerana kemudahan asas seperti tandas dan sebagainya ada disediakan di pulau manukan. Haa.. jangan lupa bawa peralatan snokeling. rugi kalau tidak snorkeling. Bagi yang tiada peralatan tersebut, boleh juga menyewa dengan bayaran sebnyak RM15 dan deposit RM50.00. Bagi yang ingin bermalam, terdapat beberapa buah chalet disediakan di pulau manukan. Nanti saya akan uploadkan gambar-gambar pulau tersebut. Yang best skali bila dapat pegang gamat yang besar dan gemuk2..

No comments:

Post a Comment

RSSMicro FeedRankĀ® Results