Thursday, October 14, 2010

tips melancong part 1

Salam sejahtera..

Konichiwa, hi semua.. hari ni badan terasa penat dan cuaca pulak mendung..bestnya kalau boleh balik rumah dan zzzzzzzzzz.. apa lagi tido la. tapi apakan daya, kena la kerja..mana boleh mengular time kerja. So, kat ofis tadi terfikir pulak nak survey tiket-tiket murah..bestkan kalau dapat pergi melancong. Kebetulan saya dan suami memang kaki jalan, anak-anak pun dah terikut-ikut. kalau bab jalan dan makan memang no.1. Pantang ada cuti..confirm jalan punya, walaupun tidaklah sampai ke luar negara. haaa.. sebenarnya saya nak berkongsi tips-tips persediaan nak pegi melancong.. tak kira la dalam atau luar negara (setakat ni saya baru ke Brunei sahaja) especially untuk mereka yang ada baby atau anak yang masih kecil. bagi saya persiapan nak pegi melancong tu memanglah penat, macam-macam yang perlu difikirkan.

Berdasarkan pengalaman saya yang mempunyai 2 anak lelaki yang masih kecil, keperluan mereka yang perlu diutamakan dulu. Sebelum saya pergi bercuti disesuatu tempat, saya akan cuba dapatkan info tentang tempat tu dulu.. sesuai tak untuk anak2. waktu perjalanan yang sesuai kerana anak2 ni cepat bosan kalau travel dalam tempoh yang lama. Kalau nak melancong dengan kapal terbang, cubala cari tiket yang waktunya sesuai. jangan terlalu lewat untuk sampai ke sesuatu destinasi. Pastikan hotel telah dibooking, dan jika perlu telefon hotel tersebut terlebih dahulu dan dapatkan maklumat tentang fasiliti yang disediakan oleh hotel tersebut terutama sekali bagi hotel 2 atau 3 bintang. Contohnya, adakah cerek air disediakan di dalam bilik yang ditempah ( penting bagi mereka yang mempunyai anak yang masih menyusu). Keperluan lain seperti extra bed or pillow. Jarak hotel dengan kedai makan yang terdekat ( sekiranya makanan tidak disediakan oleh hotel tersebut).

Sebagai seorang ibu, saya memang amat teliti dan sedikit cerewet kalau tentang keselesaan anak-anak semasa melancong. Jadi, saya akan cuba dapatkan sebanyak mana info yang perlu. Untuk lebih selamat, lagi bagus kalau kita buat survey dulu, rancang perjalanan dengan betul. tempat-tempat yang ingin dilawati haruslah dirancang dengan baik dan tidak memenatkan anak2. Pengangkutan yang lebih mudah samada menggunakan kereta sewa atau train. Kita nak melancong mesti nak bergembirakan..kalau anak-anak pun asyik menangis dan merengek kepenatan, parents pun hilang mood nak bercuti..

Kalau nak melancong kat tempat-tempat yang sejuk pulak, pastikan baju tebal untuk anak-anak mencukupi. Kesian pulak kat anak-anak kalau tiba-tiba ditempat sejuk tiada baju tebal. Terpaksa la mencari kedai baju pulak. Harga dah tentu mahal dari tempat lain.

Ok, bagi yang berminat nak mencari tempat pelancongan atau destinasi percutian yang menarik, travel agency yang menawarkan harga yang murah dan segalanya yang berkaitan dengan pelancongan dan percutian, rujuk la majalah LIBUR selain dari Internet. saya sentiasa mendapatkan pelbagai info terkini dari majalah tersebut.

Rasanya, saya berhenti dulu di sini, kita sambung lagi di episod kan datang. Sebenarnya banyak lagi yang nak saya kongsi bersama anda semua (perasan macam ramai peminat je) tapi bak kata orang 'sharing is caring'. sekarang ni dah habis waktu lunch, so back to work!

Arigatoo-gozaimasu. Ki-o tsukete.

No comments:

Post a Comment

RSSMicro FeedRankĀ® Results